Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, December 7, 2019

PAN amat lemah, tak boleh diharap

December 7, 2019


BANGGA sekali PAN dengan jumlah undi yang diperolehinya dalam PRU14:

Mohamad Sabu perolehi 90,697 undi di P.111 Kota Raja.

Khalid Samad perolehi 55,949 undi di P.108 Shah Alam.

Salahuddin Ayub perolehi 55,447 undi di P.161 Pulai.

Hasanuddin Mohd Yunus perolehi 49,004 undi di P.101 Hulu Langat.

Mohamed Hanipa Maidin perolehi 46,740 undi di P.113 Sepang.

Dr Dzulkefly Ahmad perolehi 29,842 undi di P.096 Kuala Selangor.

Mahfuz Omar perolehi 28,959 undi di P.008 Pokok Sena.

Anuar Tahir perolehi 23,998 undi di P.088 Temerloh.

Dr Hasan Bahrom perolehi 22,435 undi di P.133 Tampin.

Dr Hatta Ramli perolehi 21,955 undi di P.074 Lumut.

Dr Mujahid Yusof Rawa perolehi 16,753 undi di P.057 Parit Buntar.

Rupa-rupanya Konvensyen Nasional PAN 2019 mendedahkan:

Tidak sampai 3,000 daripada 90,697 undi yang diperolehi oleh Mohamad Sabu di P.111 Kota Raja adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 55,949 undi yang diperolehi oleh Khalid Samad di P.108 Shah Alam adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 55,447 undi yang diperolehi oleh Salahuddin Ayub di P.161 Pulai adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 49,004 undi yang diperolehi oleh Hasanuddin Mohd Yunus di P.101 Hulu Langat adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 46,740 undi yang diperolehi oleh Mohamed Hanipa Maidin di P.113 Sepang adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 29,842 undi yang diperolehi oleh Dr Dzulkefly Ahmad di P.096 Kuala Selangor adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 28,959 undi yang diperolehi oleh Mahfuz Omar di P.008 Pokok Sena adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 23,998 undi yang diperolehi oleh Anuar Tahir di P.088 Temerloh adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 22,435 undi yang diperolehi oleh Dr Hasan Bahrom di P.133 Tampin adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 21,955 undi yang diperolehi oleh Dr Hatta Ramli di P.074 Lumut adalah undi ahli-ahli PAN.

Tidak sampai 3,000 daripada 16,753 undi yang diperolehi oleh Dr Mujahid Yusof Rawa di P.057 Parit Buntar adalah undi ahli-ahli PAN.

Congakannya mudah sahaja, PAN Kawasan Pasir Mas telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Kawasan yang mempunyai ahli teramai.

Bilangan ahli PAN Kawasan Pasir Mas sehingga 22 November 2019 telah diumumkan seramai 3,083 orang, hadiahnya pun RM3,083.

Oleh itu, jika Kawasan teramai hanya mempunyai 3,000 ahli maka pastilah Kawasan-kawasan lain mempunyai ahli tidak sampai 3,000.

Itupun penulis pro PAN seperti Mohd Sayuti Omar sendiri secara terbuka menyebut jumlah ahli PAN Kawasan Pasir Mas ini jumlah tipu.

Berdasarkan fakta ini, nyatalah PAN amat lemah dan kemenangannya di 11 kerusi Parlimen dalam PRU14 adalah atas ihsan pihak lain.

Walaupun sudah hampir dua tahun PAN memiliki 5 Menteri dan 4 Timbalan Menteri mereka masih tidak ada kekuatan mereka sendiri.

Walaupun sudah hampir dua tahun PAN memiliki Ketua Menteri, Exco Negeri dan Pengerusi GLC mereka masih tidak mampu mencuri ahli-ahli PAS.

Apatah lagi bila kuasa PAN dalam Kerajaan Negeri yang ia ketuai hanya ilusi, kerana Adun PAN dalam Dun dan Exco Negeri adalah minoriti (2 daripada 15).

Sebab itulah walau berdegar membelah langit sekalipun suara pemimpin PAN menyebut mahu membela Islam dan Melayu parti ini tidak boleh diharap sama sekali.

PAN mahu perjuangkan dasar parti macam mana jika kedudukan PAN dalam kerajaan sendiri pun adalah tertakluk kepada belas ihsan pihak lain dalam Pakatan Harapan?

Kesimpulannya, PAN perlulah ditolak secara total oleh umat Islam dan Melayu.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

 – HARAKAHDAILY 
    7/12/2019

1 comment:

  1. Yang kat pas je. Di sports dari hampir 15dun jadi 1dun je. Tu namanya kuat

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-