Tuesday, December 3, 2019

Simpan maklumat ini, geng himpunan komunis dah padam dalam FB

ANALISISUTAMA
December 2, 2019

TERUS para penyokong pengganas komunis memadamkan muatnaik-muatnaik yang mengagung-agungkan pengganas komunis dari Facebook mereka bila Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan beliau risau, tidak memandang ringan dan telah meminta pihak polis membuat siasatan ke atas perhimpunan membabitkan bekas-bekas pengganas komunis dan para penyokong mereka di New Era University College.

Sangat jelas ia bukan semata-mata usaha untuk merayakan “Ulang Tahun Ke-30 Penandatangan Perjanjian Damai Hatyai” tetapi adalah “usaha untuk menghidupkan semula semangat komunisme yang lampau”. Malah, seperti disebut oleh bekas pengganas komunis, Tan Yi Yu, dalam perhimpunan itu, ia adalah untuk menegakkan kebenaran bahawa para pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.

Tidak sukar difahami apa yang bakal berlaku jika kehendak bekas-bekas pengganas komunis dan para penyokong mereka supaya para pengganas komunis diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan tercapai. Malah, sebagaimana abu mayat Chin Peng dibawa balik atas dasar menghormati hasrat Chin Peng, apa lagi yang boleh menghalang hasrat beliau supaya patung tokoh-tokoh komunis turut diletakkan di Tugu Negara sebagai hero pejuang kemerdekaan?

Tidak menjadi masalah jika muatnaik-muatnaik mengenai perhimpunan di New Era University College dipadamkan dari Facebook penyokong pengganas komunis kerana saya sendiri sejak awal-awal lagi telah menyimpan muatnaik-muatnaik tersebut sebagai rekod peribadi. Di sini saya sertakan kandungan-kandungan muatnaik-muatnaik tersebut, dengan harapan agar ia akan dapat membantu siasatan pihak polis ke atas perhimpunan tersebut.

Penganjur perhimpunan tersebut adalah:

1. Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia (PPAKM)
2. Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (PPPM)
3. Persatuan Persahabatan Berpanjangan Malaysia (PPPTM)
4. Persatuan Pendidikan dan Budaya Tionghua Kuala Lumpur dan Selangor

Berdasarkan pengakuan Yeap Kian Kok pada 26 Jun 2017, PPAKM, PPPM dan PPPTM adalah tiga persatuan yang ditubuhkan dan dianggotai oleh bekas-bekas pengganas komunis.

Pengurus perhimpunan tersebut adalah:

1. Pengerusi Perhimpunan: Cheah Teng Hooi, 012-433 5153.
2. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perhimpunan: Wong Kam Leong, 012-322 6239.
3. Setiausaha Jawatankuasa Kerja Perhimpunan: Phang Meng Cheong: 012-252 4349.

Pemberi ucapan dalam perhimpunan tersebut adalah:

1. Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman Embong: Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
2. Ronnie Liu Tian Khiew: Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Setiausaha DAP Selangor dan ADUN Sungai Pelek.
3. Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).
4. Indra Jaja Abdullah.
5. Tan Yi Yu.
6. Wong Pah Sam.
7. Ngeow Yinn Gee.

Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman Embong direkodkan di dalam buku “Di Sebalik Rundingan Damai Hatyai” terbitan Alaf 21 sebagai pernah “melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand dan bersembunyi di dalam hutan bersama Rejimen ke-10 PKM”.

Ronnie Liu Tian Khiew direkodkan meletakkan foto beliau memberi ucapan dalam perhimpunan itu sebagai “cover photo” Facebook beliau yang diiringi tulisan “salute to independepence freedom fighters and patriots” sebelum ia dipadamkan.

Indra Jaja Abdullah adalah bekas pengganas komunis, dan merupakan menantu kepada pemimpin komunis Melayu, Abdullah CD, begitu juga Tan Yi Yu dan Wong Pah Sam.

Lokasi perhimpunan tersebut adalah:

New Era University College.

New Era University College adalah institusi pendidikan tinggi milik Dong Jiao Zong melalui syarikatnya bernama Dong Jiao Zong Higher Learning Centre Bhd. Tapak kampus New Era University College asalnya adalah milik Merdeka University Berhad yang dimaksudkan untuk pembinaan institusi pendidikan tinggi Cina bernama Merdeka University tetapi diserahkan kepada Dong Jiao Zong setelah penubuhan Merdeka University terhalang.
Golongan yang memiliki New Era University College inilah yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sifatkan sebagai “puak ekstremis” yang “tindakan mereka tidak banyak berbeza dengan tindakan komunis dahulu” pada 30 Ogos 2000 dan yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sifatkan sebagai “rasis yang tak suka orang Melayu’ pada 12 Ogos 2019.

Timbalan Naib Canselor New Era University College, bernama Profesor Dr Lee Kam Hing, inilah yang mendesak supaya buku teks sejarah yang diguna pakai di sekolah dan di universiti sekarang diubah dalam forum bertajuk “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019.

Dan New Era University College inilah yang menimbulkan keributan kepada masyarakat tempatan apabila ia diberikan dana khas di luar bajet kerajaan dari Kementerian Kewangan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, pada 11 Januari 2019.

Bagi saya benda ini mudah saja, pemadaman muatnaik-muatnaik dari Facebook ini adalah semacam satu pengakuan bersalah, kalau tidak bersalah kenapa padam?
 – Buletin Asia

DR KAMARUL YUSOFF
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-