Monday, January 27, 2020

China dakwa koronavirus makin cepat merebak

Reuters
-January 26, 2020 10:54 PM

Lebih 2,000 orang dijangkiti koronavirus di seluruh dunia dan menyebabkan 56 kematian di China. (Gambar AP)

CHINA: Keupayaan penularan koronavirus semakin kuat dan jangkitan terus meningkat, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Ahad, dengan lebih 2,000 orang dijangkiti di seluruh dunia dan menyebabkan 56 kematian di China.

Menteri Suruhanjaya Kesihatan Nasional, Ma Xiaowei, dalam satu sidang media berkata pengetahuan pihak berkuasa mengenai virus baru itu terhad dan mereka tidak jelas tentang risiko yang ditimbulkan virus yang bermutasi itu.

Ma berkata tempoh pengeraman koronavirus sekitar 1 hingga 14 hari, dan virus itu berjangkit semasa pengeraman, yang tidak berlaku kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), virus yang berasal dari China dan membunuh hampir 800 orang di seluruh dunia pada 2002 dan 2003.

Usaha membendung virus tersebut setakat ini termasuklah mengawal pengangkutan dan perjalanan dan pembatalan acara besar dipergiatkan, kata Ma.

Virus itu dipercayai berasal dari pasar makanan laut di pusat bandar Wuhan yang menjual hidupan liar secara haram dan kini merebak ke bandar-bandar China termasuk Beijing dan Shanghai, selain Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, Jepun , Australia, Perancis dan Kanada.

Hari ini, China mengumumkan pengharaman jual beli hidupan liar di pasaran, restoran dan platform e-dagang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-