Tuesday, January 21, 2020

Guan Eng: Najib perlu berhenti 'tipu' rakyat isu tol

Diterbitkan Hari ini 4:38 petang

BERITA

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Najib Razak untuk berhenti "menipu" rakyat dengan membandingkan keadaan konsesi tol di bawah BN dan PH.

Najib dalam kenyataan di Facebooknya sebelum ini mendakwa bahawa rakyat akan membayar lebih banyak untuk tol di bawah PH berbanding pentadbiran sebelumnya.

Ketika berkuasa, BN memperluaskan konsesi tol Plus dari 2018 hingga 2038 dan memutuskan kadar tol akan meningkat sebanyak lima peratus setiap tiga tahun.

Pada minggu lalu, PH memutuskan untuk melanjutkan konsesi untuk semua lebuh raya PlusSelama 20 tahun lagi tetapi mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus.

PH juga memutuskan untuk membekukan tol pada kadar diskaun hingga 2058, apabila konsesi berakhir.

Ditanya hari ini, Lim berkata graf yang dibentangkan oleh Najib adalah tidak tepat.

"Anda tidak boleh melakukan pengiraan lurus ...

"Dia (Najib) melakukan pengiraan lurus. Baginya, jika dia dapat faedah, dia bercakap apa yang tersurat. Sekiranya ia tidak memberi manfaat kepadanya, maka dia bercakap apa yang tersirat.

"Dia perlu kira betul-betul...jangan cuba untuk menipu lagi. Seperti yang saya kata, jangan cuba menegakkan benang yang basah," katanya semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Ditanya jika pengguna tol tentu akan membayar lebih banyak di bawah PH, Lim berkata kerajaan hanya akan tahu selepas Plus mengumumkan bagaimana ia akan melaksanakan rancangan kerajaan.

"Anda perlu melihat potongan harga ... Apabila anda diskaun (kadar tol) selama bertahun-tahun, ada nilai diskaun juga.

"Jangan lupa bahawa di bawah terma asal, terdapat peningkatan (lima peratus setiap tiga tahun).

"Kita akan umumkan angka-angkanya apabila butiran itu diumumkan sepenuhnya oleh Plus," jawabnya.

Plus dan kerajaan kini sedang memuktamadkan skop dan perancangan berhubung kadar tol menjelang tarikh pelaksanaan 1 Februari, 2020 yang dicadangkan.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-