Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Monday, February 24, 2020

Anwar dijangka temui Mahathir pagi ini

Diterbitkan Hari ini 8:19 pagi

BERITA

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dijangka akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini ekoran perkembangan baru politik semalam yang memungkinkan berlakunya penjajaran semula politik negara.

Hal itu dimaklumkan seorang pemimpin PKR kepada Malaysiakini hari ini.

"Anwar akan berjumpa Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, menjelang 9.30 pagi," katanya.

Bagaimanapun sumber terbabit memberitahu, beliau tidak pasti apa yang akan menjadi pusat perbincangan Anwar dan pengerusi Bersatu itu.

Sebelum ini beberapa pihak menyatakan, Anwar - yang mendakwa dikhiatani oleh sebahagian daripada pemimpin partinya sendiri - akan menghadapi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-