Sunday, February 16, 2020

Benci Islam sampai tahap tak munasabah punca masalah

Diterbitkan Hari ini 8:49 pagi

BERITA

Kebencian terhadap Islam semakin menjadi-jadi apabila terdapat pihak mempertikaikan setiap perkara yang melibatkan Islam, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Berucap merasmikan malam anugerah Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin) di Dewan Utama Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara di Kuala Lumpur malam tadi, Anwar turut memberi contoh yang berlaku di negara ini, tanpa menyebut secara terperinci mengenainya.

"Kita harus juga tegas melawan arus dari luar terutama yang disebut Islamofobia, yang kadang-kadang terlalu menunjukkan kebencian - hatred for Islam - sampai tak munasabah sama sekali, yang saya suarakan juga.

"(Misalnya) seperti masyarakat kita yang gemarkan kebebasan yang baru, yang mempertikaikan semua tindakan, institusi Islam dipertikai, kegiatan Islam dipertikai, pendidikan Islam dipertikai, dipertikai atau amalan lain yang dianggap keterlaluan atau kesalahan.

"Tetapi pada hemat saya, selagi kita berupaya mentadbir negara dengan baik, kita takkan lari daripada perakuan Islam sebagai agama persekutuan dan juga institusi dan mendidik masyarakat Islam untuk faham Islam.

"Juga menyampai risalah Islam kepada bukan Islam supaya mereka faham hidup di negara ini di dalam kalangan orang Ialam yang membawa risalah keamanan, keadilan sejagat iaitu disebut kemanusian," katanya.

Sambil memetik pendekata Rahmatan Lil Alamin, ahli parlimen Port Dickson itu turut menggalakkan Accin untuk mempertahankan kedudukan Islam dan tidak membiarkan kezaliman berlaku sama ada dalam kalangan orang Islam atau bukan Islam.

Katanya, sebagai umat Islam, mereka bukan sahaja perlu membanteras isu Islamofobia tetapi juga harus menampilkan contoh Islam yang baik.

Tambahnya, ia tidak terhad kepada isu Islamofobia sahaja tetapi juga fobia terhadap agama lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-