Saturday, February 29, 2020

Istana bakal sibuk lagi pagi ini?


KUALA LUMPUR : Istana Negara dijangka akan sibuk sekali lagi apabila desas-desus menyatakan akan ada peristiwa besar berlaku sekali lagi hari ini.

Pihak media dijangka akan berkampung di sini sekali lagi.

Menurut sumber, selepas KDYMM Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan kenyataan mengenai tiada siapa yang berjaya mendapat majoriti semalam, maka episod baharu akan bermula lagi.

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai calon Perdana Menteri oleh Majlis Tertinggi Bersatu, dan kemudiannya ahli Parlimen Bebas yang bersama Dato’ Seri Azmin Ali juga menyatakan sokongan.

Lewat petang Jumaat, Muafakat Nasional pula menyatakan sokongan kepada pencalonan itu.

Situasi makin menarik, dapat dilihat Pakatan Harapan semakin cemas dengan beberapa kenyataan provokasi kini mula keluar.

Jika dilihat trend laporan portal yang memihak kepada DAP dan PH, menjurus kepada cuba memberi gambaran negatif jika gabungan MN-Bersatu dan beberapa parti lain berjaya mencetus kerajaan baharu.

Apa pun perkembangan dari semasa ke semasa akan diberikan mengenai sebarang pembentukan kerajaan yang mungkin berlaku.

HARAKAHDAILY 
29/2/2020

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-