Tuesday, February 25, 2020

Mohon YDPA bubar Parlimen


KUALA LUMPUR : Terkini, PAS, Umno, MIC dan MCA sepakat mahu memohon Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan berikutan situasi ketika ini.

Pembubaran Parlimen adalah opsyen terbaik sekiranya pembentukan kerajaan baharu yang dinamakan ‘Unity Government’ (UG) disertai DAP.

Ketegasan itu dibuat wakil-wakil parti yang bersama dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong dan beberapa pemimpin lain.

Kenyataan ini dibuat selepas kesemua Ahli Parlimen PAS, Umno, MIC, MCA dan beberapa yang lain dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 2:30 petang tadi.

PAS dan Umno tegas menolak opsyen pembentukan kerajaan baharu yang tidak selari dengan pendirian dan dasar PAS, Umno dan rakan, yang mana pendirian konsisten menolak DAP dalam pembentukan kerajaan, menolak kaedah pelantikan kabinet oleh Perdana Menteri mengikut individu dan bukannya parti.

Berita lanjut menyusul – 

HARAKAHDAILY
25/2/2020

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-