Sunday, February 23, 2020

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR

MyMetro
Utama
Ilah Hafiz Aziz dan Luqman Arif Abdul Karim
bhnews@bh.com.my

ANWAR Ibrahim. FOTO Reuters

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat percubaan pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau, percubaan itu membabitkan kerajaan Bersatu dan segelintir pihak dari parti PKR.

"Sekarang kita menunggu maklumat lanjut tetapi ada percubaan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan membabitkan bekas rakan kita Bersatu dan segelintir dari PKR yang khianat.

"Mereka sudah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong petang tadi namun belum ada pengumuman lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan tazkirah selepas solat Maghrib, di kediamannya di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Anwar berkata, beliau tidak mempunyai maklumat penuh mengenai penubuhan kerajaan baharu.

"Soalan mengenai kerajaan baharu... saya belum mendapat maklumat penuh lagi," katanya dalam tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Keadilan Rakyat.

Pada sesi tazkirah itu juga, Anwar kelihatan sentiasa memeriksa telefon bimbitnya.

Wartawan yang berhimpun di hadapan kediamannya tidak dapat mengikuti atau mendengar sesi tazkirah itu apabila diminta keluar selepas solat Maghrib tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 9:30 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-