Thursday, February 27, 2020

Tun M terima semula jawatan Pengerusi Bersatu

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya


BANGI, 3 Rejab 1441H, Khamis – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.

Harian Metro melaporkan, perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

“Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” kata Marzuki.

Isnin lalu, selain meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, Dr Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.

Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-