Friday, April 10, 2020

222 pulih, 118 kes baharu dan 3 korban Covid-19 dilapor hari ini

oleh Seth Akmal,
       10 April, 2020.

PKP kini dilanjutkan sehingga 28 April bagi membolehkan wabak Covid-19 dikekang sepenuhnya.
 – Gambar The Malaysian Insight 

MALAYSIA terus merekodkan jumlah kes pulih Covid-19 lebih tinggi berbanding kes baharu, apabila 222 pesakit disah pulih dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 118 kes baharu dilaporkan.

Data terbaru itu membawa kepada jumlah kes pulih kepada 1,830 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

118 kes jangkitan baharu pula menaikkan jumlah keseluruhan kes kepada 4,346. Ia adalah jumlah kedua terendah kes baharu dilaporkan sejak perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasa pada 18 Mac.

Sebelum ini, jumlah kes terendah pernah direkod adalah 106 kes pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, hari ini juga dilaporkan terdapat tiga kematian, membawa kepada jumlah korban Covid-19 di negara ini kepada 70 orang.

Kematian pertama melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis. Beliau dikaitkan dengan seorang lagi pesakit kluster tablih Petaling Jaya. Beliau dimasukkan ke hospital pada 17 Mac lalu dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah pada jam 8:21 pagi tadi.

Kematian kedua pula melibatkan lelaki berusia 77 tahun dengan sejarah penyakit kencing manis. Beliau dirawat sejak 27 Mac lalu dan meninggal dunia jam 4 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Kematian ketiga melibatkan seorang wanita berusia 88 tahun dengan sejarah penyakit darah tinggi, jantung dan dementia. Beliau dirawat sejak 20 Mac lalu dan meninggal dunia jam 2.38 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Noor Hisham berkata 69 pesakit masih berada dalam ICU, dengan 40 orang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 10 April, 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-