Friday, June 5, 2020

Bagaimana kita hendak berhentikan orang yang gila kuasa?

@politik
-June 5, 2020


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Muafakat Nasional harus dimantapkan dan diperkasa demi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jelas beliau, kerana itulah, sesuatu yang berbeza harus dilakukan secara berbeza mengikut suasana.

“Pada 14 September tahun lalu, kita telah adakan piagam Muafakat Nasional… kini walaupun ada desakan untuk diadakan pilihan raya umum tapi asasnya muafakat ini harus diwujudkan dan harus terus diperkasakan.

“Sebagai Presiden UMNO, saya bersama-sama Presiden PAS, amat mengharapkan Muafakat Nasional ini dapat diteruskan dan Kelab Pendokong Penyatuan Ummah ini dapat meneruskan aktivitinya diseluruh negeri dan yang paling penting, ahli parti terutama yang tidak ada parti, harus bersama-zama menyatukan fikiran agar yang berlaku biar berlalu, yang mahu mengejar jawatan semula biarkan bermimpi di siang hari kerana kini rakyat harus diutamakan, bukannya kepentingan peribadi,” ujar beliau dalam program Hello hello Presiden UMNO seperti dilapor portal Umno.

Kata Ahmad Zahid, semua pihak juga harus mendukung perancangan rangsangan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan Nasional.

“Selama 22 bulan dalam konvensyen dan himpunan Muafakat Nasional, saya selalu menyebut kerajaan ketika itu adalah kerajaan sepenggal.

“Rakyat rasa cukup teraniaya dan dizalimi. Doa orang dizalimi ini tidak ada hijab, sebab itu tanpa dirancang, mereka jatuh sendiri.

“Kini Muafakat Nasional harus membina kekuatan baru bersama Tan Sri Muhyiddin dan saya fikir rakyat keseluruhan tanpa memikirkan idealogi politik, kaum dan agama, harus bersama-sama kerana sekiranya kerajaan bubar dalam masa terdekat, mandat baru akan diberi kepada kerajaan sekarang ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin yang menjadi tetamu dalam program tersebut, ketika ditanya apa yang harus dilakukan dari segi penyatuan ummah agar penyatuan ini kukuh semula, menjelaskan, kini rakyat sedang menilai pemimpin mana yang mengutamakan kepentingan rakyat dan pemimpin mana yang mengutamakan kepentingan peribadi.

“Saya mewakili rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin UMNO dan PAS, juga Datuk Seri Najib yang memainkan peranan dalam penyatuan dua parti Islam terbesar ini.

“Sememangnya penyatuan ini sudah dinantikan cukup lama. Hari ini kita dapat melihat ada orang yang mula melutut di tepi pintu penyatuan ummah dan Muafakat Nasional untuk kembali bersama.

“Rakyat juga kini hendak melihat Muafakat Nasional ini mengemudi bahtera kerajaan pada masa akan datang. Tapi bagaimana kita nak berhentikan orang yang gila kuasa ini? Benarlah Nabi kata, orang yang gila dunia ini akan kejar dunia selagi tanah tidak masuk dalam mulut, selagi itulah akan kejar dunia,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-