Diterbitkan Hari ini 6:41 pm
Mesyuarat diadakan setelah Ahli Parlimen Sri Gading itu meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri kerja raya, hari ini.
Ditemui oleh Malaysiakini ketika meninggalkan bangunan itu, Shahruddin mengesahkan pengunduran dirinya tetapi tidak memberi jawapan yang tepat tentang sama ada dia masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional atau tidak.
"Lain kali jawab soalan media,” katanya.
Video itu diberi judul "Selamat Kembali."
Sebelum ini, spekulasi pengunduran Shahruddin tersebar susulan kenyataan media yang memetik ahli parlimen Sri Gading itu sebagai berkata beliau telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN.
“Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14.
“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,” katanya.
Bagaimanapun, kesahian kenyataan itu tidak dapat disahkan.
Sekiranya Shahruddin menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan PN, gabungan yang baru lahir itu akan ditinggalkan dengan kelebihan hanya satu kerusi sahaja.
Bersatu kini berhadapan krisis dalaman antara Muhyiddin, yang adalah presiden parti, dan Mahathir, selaku pengerusi.
Berdasarkan tempat duduk sidang Parlimen terakhir pada 18 Mei, PN hanya memiliki majoriti dua kerusi sementara Pakatan Harapan memberi bayangan bahawa ia memiliki sejumlah kerusi yang mencukupi untuk merampas kembali Putrajaya.
PN menerajui Putrajaya susulan rampasan kuasa pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Harapan, yang menyaksikan kerajaan persekutuan PH yang memerintah selama 22 bulan itu tumbang.
Berikutan krisis politik selama seminggu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan setelah membentuk pakatan PN dengan Umno, BN, PAS dan GPS.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.