Thursday, June 4, 2020

Muhyiddin tiba pada mesyuarat MPT Bersatu

MyMetro
Yusmizal Dolah Aling dan
Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

MUHYIDDIN tiba untuk mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu di Dewan Bankuet Pertubuhan Alumni Universiti Malaya. FOTO Eizairi Shamsudin

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pertubuhan Alumni Universiti Malaya (PAUM) jam 8.35 malam ini.

Kenderaan pelbagai guna bernombor JBM2 dilihat tiba dengan diiringi pengiring polis.

Turut kelihatan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya yang tiba beberapa minit kemudian.

Suasana di perkarangan PAUM ini menjadi tumpuan media sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.

Kenderaan beberapa kenamaan mula tiba namun media tidak dibenarkan masuk dan diminta menunggu di luar.

Kawasan sekitar juga dikawal ketat pasukan keselamatan dengan polis dan Rela sejak awal petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 8:41 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-