Tuesday, June 30, 2020

Shafie Apdal calom PM : Bukti Tun Mahathir memang tidak mahu serahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim


Percaturan politik di negara ini makin sukar untuk diramalkan oleh mana-mana pihak. Setiap minggu ada sahaja kejutan baharu yang disajikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Menerusi rakaman video yang tular hari ini nampaknya cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri semakin kabur dan sukar.

Kejutan baharu dari Tun Mahathir adalah tidak semena-mena menamakan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus. Manakala Anwar Ibrahim pula sebagai calon Timbalan Perdana Menteri I dan Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri II.

Keputusan yang diumumkan ini sekali gus membuktikan bahawa Tun Mahathir dari awal penubuhan Pakatan Harapan lagi memang enggan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Secara logiknya, kalau betul Tun Mahathir mahu menunaikan janjinya, sudah lama Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri. Malah ketika ketengangan politik pada akhir bulan Februari lepas adalah masa yang tepat untuk Tun Mahathir menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim tetapi kenap tidak?

Dari dahulu hingga ke hari ini, semua orang masih tidak faham kenapa Tun Mahathir terlalu sukar untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim? Adakah Tun Mahathir takut jika Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri, karier politik Tun Mahathir dan anak-beranak akan terjejas? Atau sokongan yang ada sekarang akan hilang begitu sahaja?

Agak kelakar sebenarnya apabila Tun Mahathir menamakan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri. Shafie Apdal kini lebih dilihat sebagai calon Perdana Menteri boneka dan tidak lebih daripada itu.

Dalam pada itu, adakah keputusan ini dibuat dengan ambil kira persetujuan dari parti kompenan yang lain iaitu DAP, AMANAH dan PKR? Apa yang jelas keputusan ini seperti dibuat oleh sebelah pihak sahaja tanpa ada rundingan atau perbincangan dengan parti kompenan yang lain.

Peliknya Tun Matahir kata DAP dan AMANAH setuju dengan keputusan ini. Tetapi tiba-tiba sahaja, DAP dan AMANAH telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza dari apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Namun, apa pula reaksi parti PKR dan penyokong-penyokong mereka?

Adakah keputusan yang dibuat ini semata-mata mahu meredakan kemarahan penyokong Anwar Ibrahim sahaja supaya mereka duduk diam selepas ini? Tetapi sekarang ini yang macam tidak boleh duduk diam ialah Anwar Ibrahim. Nak tahu juga apa yang dimaksudkan Anwar Ibrahim dengan ‘TOLAK POLITIK TIPU HELAH’ di hantaran media sosialnya?

Apa-apa pun situasi seperti ini nampaknya semakin sukar buat Anwar Ibrahim meneruskan cita-citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Persoalan terakhir masih adakah peluang buat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-