Friday, July 3, 2020

Kempen Membeli Produk Muslim ‘Buy Muslim First’ (BMF)

by1Media.my
-July 03, 2020

KENYATAAN AKHBAR

KEMPEN MEMBELI PRODUK MUSLIM ‘BUY MUSLIM FIRST’ (BMF)

1. Kempen Membeli Produk Muslim ‘Buy Muslim First’ (BMF) adalah agenda Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bagi memperkasakan
pembangunan ekonomi umat Islam yang telah dilancarkan pada 2 April 2019 dan 23 Julai 2019 dengan kerjasama NGO-NGO Islam.

2. Kempen BMF ini dahulunya telah mendapat respon yang negatif daripada kerajaan pusat dan negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan(PH) yang memerintah selama 22 bulan.

3. Walau bagaimanapun UMMAH berterima kasih kepada semua pihak samaada pertubuhan, agensi-agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang menyokong usaha ini.

4. Kempen BMF ini adalah agenda yang merentasi sempadan kaum,bangsa, parti-parti politik, NGO dan kerajaan kerana ia adalah agenda memperkasa ekonomi umat Islam di negara ini.

5. UMMAH menyeru kepada semua pihak agar meneruskan kempen ini dengan lebih proaktif bagi memperkasakan ekonomi umat Islam dalam negara ini.

6. Kempen ini tidak ada noktah berhenti kerana ia adalah kunci kepada kekayaan perniagaan umat Islam yang akan memberikan sumbangan dalam bentuk zakat kepada pembangunan kemajuan masyarakat umat Islam di Malaysia.

7. UMMAH akan meneruskan siri kempen BMF pasca pandemik COVID-19 yang akan bermula di negeri-negeri Pantai Timur dengan kerjasama Agensi-Agensi Kutipan Zakat dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bermula Oktober 2020.

Sekian Terima Kasih.

MOHD ZAI BIN MUSTAFA
Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH (UMMAH)
3 Julai 2020/12 Zulkaedah 1441H

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-