Tuesday, July 7, 2020

Ketua menteri P Pinang disoal SPRM isu projek terowong

Predeep Nambiar
-July 7, 2020 11:27 AM

Chow tiba di bangunan SPRM Pulau Pinang di Jalan Northam. 
(Gambar Facebook)

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6.3 bilion.

Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada 8.55 pagi tadi.

Perkembangan ini selepas badan anti rasuah itu menyoal 3 exco kerajaan negeri iaitu Phee Boon Poh, Chong Eng, dan Jagdeep Singh Deo semalam.

Minggu lalu, Chow memberitahu SPRM memaklumkan beliau dan exco kerajaan negeri akan disoal berhubung suatu siasatan.

Terdahulu, beliau berkata SPRM merancang untuk bertemu exco pentadbiran lepas ketika projek terowong dasar laut itu dicadang dan diluluskan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang memaklumkan siasatan kes itu masih berjalan sejak ia dimulakan pada 2017, enggan mengulas tentang kemungkinan exco akan ditahan.

Beliau berkata, perkara itu terserah kepada budi bicara pegawai penyiasat.

Bagaimanapun, DAP Pulau Pinang menyatakan siasatan kes itu bermotif politik, mendakwa SPRM sudah mengesahkan tiada salah laku dalam kes itu.

Baru-baru ini, SPRM menyerbu 3 syarikat dan sumber memberitahu FMT yang tindakan itu susulan penemuan petunjuk baru dalan siasatan kes berkenaan.

Seorang bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang direman 4 hari berhubung kes itu namun dibebaskan dengan jaminan RM100,000.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-