Monday, July 6, 2020

Najib Tidak Dapat Dihentikan


NAJIB MASIH HIDUP DAN KUAT

1. Tidak pernah ada konspirasi politik lebih buruk dari yang dilakukan oleh Dr Mahathir dan rakan-rakan PHnya dalam menjatuhkan DS Najib dalam sejarah Malaysia.

2. Semuanya dirancang dengan teliti untuk ‘membunuh’ karier politik Najib. Mahathir tahu bahawa Najib adalah pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Oleh itu, Mahathir memerlukan ramuan yang sempurna untuk menamatkan Najib. Apabila situasi menjadi lebih sukar, Mahathir memutuskan untuk mengarahkan segala senjata miliknya ke arah sekutu terdekat Najib terutamanya ahli keluarga DSN. Tidak ada sesiapa dalam keluarga Najib yang terselamat. Isteri, ibu, anak-anak, adik beradiknya dan rakan karibnya terpaksa menghadapi deretan tuduhan liar dari seorang lelaki tua yang sangat marah, yang cintanya kepada anak-anak tidak ada batasannya.

3. Jika pun ada kelemahan dalam diri Najib, ia pasti adalah kepercayaan yang diletakkan beliau ke atas orang-orang tertenty. Najib percaya bahawa dengan semua yang telah dilakukannya demi negara, rakyat akan menilainya berdasarkan fakta dan prestasi dan tidak akan jatuh ke dalam perangkap fitnah dan persepsi berterusan PH. Najib silap besar. Mahathir memenangi emosi rakyat dengan kempen berterusannya memburukkan Najib.

4. Apabila BN jatuh, Mahathir tidak membuang masa untuk menjadikan kehidupan Najib dan keluarganya sebagai neraka dunia. Ini adalah kesilapan besar dalam strategi Mahathir, apabila rakyat memutuskan bahawa ada batasnya penghinaan terhadap putera Perdana Menteri kedua negara yang sangat dihormati. Lebih utama lagi, rakyat mula berfikir.

5. Ketika semuanya kelihatan malap untuk UMNO, Najib enggan menyerah kalah dan dia kembali dengan perkasa melalui fenomena ‘Malu Apa Bossku’ yang cukup luar biasa. Tidak ada sesiapun yang dapat menyangkal bahawa untuk pertama kalinya, lutut Mahathir menggigil dan ramai yang tertanya-tanya mengapa Najib menunggu sebegitu lama untuk menunjukkan kekuatan sebenarnya dalam pertempuran politik. Sebarnya Najib adalah seorang lelaki budiman kualiti tertinggi. Dia telah dihina melampaui batas. Setelah didesak terlalu teruk, Najib memutuskan yang dia harus melawan kerana ‘cukup cukup sudah’ lah dengan penderaan PH. Kekuatan mentalnya sangat kuat dan dia kini terhibur menganyang musuh.

6. Dengan pengaruhnya yang luar biasa, Najib muncul antara faktor terbesar yang bakal mempengaruhi keputusan PRU 15 berpihak kepada Muafakat Nasional.

Jangan menitiskan air mata untuk Najib kerana pemimpin sejati tidak memerlukannya. NAJIB kini tidak dapat dihentikan.

Nukilan ikhlas Cikgu Kamarul Azman yang diterjemahkan oleh Nabeel Naqie.

Link asal: Cikgu Kamarul

Artikel Berkaitan: Najib Is UNSTOPPABLE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-