Tuesday, July 7, 2020

Pengaruh, populariti Mahathir merudum


POPULARITI dan pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dilihat semakin menjunam malah pengaruhnya dalam Pakatan Harapan (PH) pun menurun.

Keadaan itu dapat dilihat selepas Majlis Presiden PH dilihat tidak sekata dengan cadangan beliau dalam memilih calon Perdana Menteri PH.

Dalam usaha merampas semula kerajaan persekutuan, pimpinan parti komponen PH menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Walaupun, mereka memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Tindakan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri demi untuk mendirikan sebuah kerajaan perpaduan yang tidak lagi dibelenggu dan diikat oleh janji manifesto Pakatan Harapan

“… dan perjanjian menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim merupakan kesilapan percaturan politik Mahathir terbesar setakat ini.

“Bukan sahaja Mahathir hilang peluang menjadi PM semula, malah kini beliau kehilangan pengaruh.

“Bukan sahaja dalam kalangan ahli politik kawan mahupun lawan tapi juga kehilangan kepercayaan daripada rakyat.

“Kehilangan pengaruh Mahathir dalam kalangan rakan politik dapat dilihat melalui penolakan terhadap 2 cadangan mengenai calon perdana menteri PH Plus.”

Demikian pandangan diutarakan penulis Timmy Say yang diterbitkan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Beliau menyatakan pandangan sedemikian selepas PH menolak cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir.

Sebelum ini Dr. Mahathir enggan memilih Anwar sebagai Perdana Menteri sebaliknya mencalonkan dirinya semula.

Bagaimanapun, beliau berubah fikiran dalam pertemuan dekat Rumah Tamu Sabah apabila menamakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai Perdana Menteri.

Pemilihan Shafie dan meletakkan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan anak beliau Datuk Seri Mukhriz Timbalan Perdana Menteri 2 ditolak.

Malah, Ahli Parlimen Langkawi sebelum itu mengumumkan pemilihan Mohd. Shafie secara terbuka walaupun ia bukan keputusan konsensus atau rasmi daripada PH.

“Penolakan majlis presiden PH terhadap cadangan Shafie sebagai PM dan memberikan kuasa penuh kepada Anwar untuk membuat rundingan tamparan hebat kepada Mahathir.

“Mahathir kini bersendirian tanpa parti bersama empat ahli Parlimen bebas yang enggan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apakah yang bakal dilakukan Mahathir selepas ini?” soalnya.
Gambar BERNAMA
Dalam pada itu, beliau juga mahu melihat percaturan yang akan dilakukan oleh Dr. Mahathir dan anaknya Ahli Parlimen Jerlun selepas ini.

Ini ekoran, mereka berdua kini tidak mempunyai parti untuk bernaung dan tiada tanda-tanda untuk menubuhkan parti lain walupun pernah berseloroh mengenainya sebelum ini.

“Sejauh manakah Mahathir dapat memegang Warisan agar terus bersamanya dan pembangkang memandangkan usaha untuk merampas kembali kerajaan kini menemui jalan buntu?

“Apakah Mahathir ingin menunggu nasib Najib di mahkamah sebelum melakukan gerakan politk terakhir?

“Apakah Mahathir akan berbaik semula dengan Muhyiddin kerana PH terbukti tidak mahu mendengar cadangannya?

“Nyawa politik Mukhriz kini bergantung sepenuhnya kepada gerakan politik ayahnya. Apakah Mukhriz akan kembali ke PPBM ataupun Umno?

1 comment:

  1. saya menyokong bersetuju ngan uncle kentang tapi saya tak menyokong dgn semua pendapat dia....andai ada pihak ke3 yg mampu nk bawak suara rakyat sila tonjolkan dan tinggalkam amalan jahiliyah pd BN m PH

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-