Sunday, July 12, 2020

Rais serang veteran Umno balik

        July 12, 2020


Tan Sri Dr Rais Yatim membalas serangan Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub yang mempersoalkan mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih “memelihara” anggota Majlis Pimpinan Bersatu itu.

Rais meminta Mustapha menjawab soalan itu terlebih dahulu tentang kedudukan dirinya sendiri dalam Umno.

“Kalau nak tahu kenapa Bersatu masih pelihara Rais Yatim, jawab dulu soalan kenapa Umno masih simpan manusia macam Mustapha Yaakub?

“Terasa tak percik air di dulang ke muka siapa?” bidas bekas menteri itu lagi.

Terdahulu, Mustapha menganggap Rais sengaja menimbulkan rasa benci orang Umno kepada Perikatan Nasional (PN) dengan membangkitkan isu yang tidak pun dipertikaikan oleh Umno.

Reaksi Mustapha itu selepas Rais mendakwa Umno tidak menghargai penghargaan Bersatu kepada parti tunjang BN itu sebaliknya hanya mementingkan soal kerusi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-