Thursday, July 30, 2020

Umno umum tak sertai Perikatan Nasional

FMT Reporters
-July 30, 2020 1:30 PM

Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Umno mengumumkan ia tidak menyertai Perikatan Nasional.

“Sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama-sama PAS dan komponen Barisan Nasional,” kata Presiden Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini.

Zahid menjelaskan sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan wakil rakyat BN dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri tertentu.

Kelmarin, Zahid berkata Umno akan mengambil suatu keputusan politik selepas bekas presiden Najib Razak didapati bersalah atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana unit 1MDB, SRC International.

“Harap kita berlapang dada dan terbuka terima keputusan yang akan dibuat parti nanti,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-