Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Wednesday, August 12, 2020

Amir Khusyairi Tanusi calon parti baharu Dr M PRK Slim

FMT Reporters
-August 12, 2020 9:24 PM
Amir Khusyairi Tanusi, 38, anak jati Perak merupakan pemegang ijazah sarjana muda undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan fasih dalam 3 bahasa termasuk bahasa Arab.

PETALING JAYA: Kumpulan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan peguam syarie dan peguam bela Amir Khusyairi Tanusi sebagai calon bebas mewakili parti Pejuang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Watikah pencalonan itu disampaikan oleh Mahathir yang turut disaksikan bekas setiausaha PPBM yang juga pengarah PRK DUN Slim, Marzuki Yahya, serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Mukhriz Mahathir.

Amir, 38, anak jati Perak merupakan pemegang ijazah sarjana muda undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan fasih dalam 3 bahasa termasuk bahasa Arab.

Bekas pengerusi PPBM, Mahathir mengumumkan parti baharu yang ditubuhnya sebagai Pejuang hari ini.

Sebelum ini, kumpulan Mahathir mengesahkan akan bertanding di PRK Slim.

PRK Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 Ogos sebagai penamaan calon dan 29 Ogos untuk hari mengundi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Mohd Khusairi, yang mewakili BN, mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan PPBM yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-