Thursday, August 6, 2020

Guan Eng akan didakwa di mahkamah

Faisal Asyraf
Diterbitkan Hari ini 9:39 pm
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, akan dikenakan tiga pertuduhan berbeza di mahkamah, masing-masing pada esok, Isnin dan Selasa ini.

Hal itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan media malam ini.

Terdahulu bekas Menteri Kewangan itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam ini.

Beliau berada di situ untuk disoal berkaitan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata, tidak ada sebab bagi SPRM memanggilnya pada waktu malam.

"Tidak ada sebab mengapa SPRM harus menghubungi saya pada waktu ini. Mereka boleh mengatur waktu lain dan saya bersedia menemui mereka," katanya.

Kata SPRM mereka mendapat izin mendakwa Lim daripada Peguam Negara.

Esok kata agensi antirasuah itu Lim akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di Jalan Duta mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 10 Ogos pula bekas Lim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Kedua-dua pertuduhan itu adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang," kata SPRM.

Selain itu SPRM turut mendapat izin mendakwa daripada Lim di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 11 Ogos ini, juga mengikut seksyen 23 akta sama.

Menurut SPRM pertuduhan ketiga itu membabitkan kes berlainan. Bagaimanapun agensi terbabit tidak memberikan penjelasan lanjut.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-