Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, August 4, 2020

Hadi: Kita tak boleh berpisah dengan Umno, Bersatu


Presiden PAS menegaskan pihaknya telah berjaya menyatukan tiga parti melibatkan PAS, Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Justeru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak boleh berpisah sama ada dengan Umno ataupun Bersatu.

"Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita (PAS) tak boleh berpisah dengan Umno, tak boleh berpisah dengan Bersatu," katanya dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Hantaran tulisan itu juga diiringi sekeping gambar beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Difahamkan pertemuan itu dijangka membincangkan isu politik semasa negara khususnya melibatkan ketiga-tiga parti tersebut yang kini membentuk kerajaan persekutuan selepas Langkah Sheraton pada Februari lalu.

Kerajaan yang juga dikenali sebagai kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu berjaya merampas kekuasan Pakatan Harapan (PH) melalui perpecahan politik antaranya melibatkan pimpinan parti-parti PH seperti Bersatu dan PKR.

Sebelum ini, Umno menegaskan parti itu tidak akan menyertai gabungan PN tetapi akan menyokong kerajaan yang kini diterajui Muhyiddin dan menegaskan akan memperkuatkan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional.

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan mahkamah pada 28 Julai lalu yang mendapati bekas presiden Umno, Najib Razak, didapati bersalah dalam kes salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid.

Dalam hantaran berasingan di Facebook, katanya banyak perkara dapat dicapai apabila selalu berjumpa.

"Bertemu (Datuk Seri Dr ) Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini.

"Banyak perkara dapat dicapai apabila selalu berjumpa," katanya yang juga duta khas perdana menteri ke Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-