Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Monday, August 10, 2020

Lim mengaku tak bersalah tuduhan rasuah RM3 juta

Susan Loone
Diterbitkan Hari ini 9:19 am

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan satu pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan bernilai RM3.3 juta, hari ini.

Menurut pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi ini ia bagi membantu syarikat kontraktor milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli agar dilantik melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion.

Menurut kertas pertuduhan: Lim "telah menggunakan kedudukan kamu (dirinya) untuk suapan bagi diri kamu sendiri, iaitu wang berjumlah RM3.3 juta..."

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang antara Jan 2011 dan Ogos 2017.

Ia merupakan projek menghubungkan laluan utama dan terowong dasar laut yang menghubungkan Butterworth ke bahagian pulau.

Dia dakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan bersalam Lim boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Terdahulu semasa tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi tadi, Lim berkata pihaknya masih tidak tahu apa dakwaan yang akan dikenakan ke atas bekas menteri kewangan tersebut.

Seorang daripada peguam bela Lim, Gobind Singh Deo, berkata pihaknya masih tertanya-tanya berkenaan dakwaan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa.

Mengaku tidak bersalah

Lim pula berkata dia hanya akan memberi kenyataan selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah hari ini.

Lim tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.55 pagi ditemani isterinya, Betty Chew dan ibunya. Mereka kemudian disambut pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Antara pemimpin PH yang kelihatan setakat ini ialah exco negeri, Soon Lip Chee dan Phee Boon Poh; bekas esco, Abdul Malik Abdul Kassim dan Anggota Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh.

Anggota parlimen Bagan itu dijadual didakwa di depan hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Selain Gobind, turut bertindak sebagai peguam bela Lim ialah Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan V Vemal Arasan, manakala Ahmad Akram Gharib, Muhamad Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Francine Cheryl Rajendram bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

Pada 7 Ogos lalu Lim sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didakwa meminta suapan daripada projek terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.

Difahamkan seorang bekas exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng, turut dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan sebelum ini.

Selepas pertuduhan dibacakan, Lim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Projek terowong dasar laut itu dirancang sepanjang 7.2km dan menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di Butteworth.

Ia dijangka bermula pada 2023.

Ketika sidang media di pusat khidmat Parlimen Bagan, Lim menegaskan bahawa dakwaan terhadapnya tidak berasas dan bermotif politik.

"Saya tak pernah ambil sebarang wang dan SPRM tak pernah tanya di mana RM3.3 juta

"Mereka enggan tanya saya di mana wang itu dan malah saya yang bangkitkan soalan, mengapa anda tak tanya saya di mana wang?" katanya.

Justeru, dia mempersoalkan bagaimana rasuah boleh berlaku jika tiada wang tersebut di dalam mana-mana akaunnya atau secara tunai.

"Saya akan buktikan tidak bersalah di mahkamah. Jika dakwaan itu boleh dibuat tanpa sebarang bukti, maka semua orang boleh kena," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-