Friday, August 14, 2020

Mahathir dinasihati supaya tidak jadi pemecah

@politik
-August 14, 2020


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menubuhkan sebuah lagi parti berasaskan orang Melayu.

“Jika nak bantu agama dan bangsa, jadilah faktor pemersatu bukannya memecahkan lagi orang Melayu dengan penubuhan sebuah lagi parti baharu orang Melayu,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dilaporkan, semasa sesi memperkenalkan calon bagi mewakili parti yang diterajuinya itu untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim atas tiket bebas, Tun Mahathir turut menamakan parti baharu yang ditubuhkannya adalah Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Di dalam ucapannya juga, Ahli Parlimen Langkawi itu terus memainkan sentimen kononnya tindakannya menubuhkan sebuah lagi parti adalah kerana menganggap sisa-sisa usianya kini adalah untuk membantu bangsa dan negara.

Dalam perkembangan yang sama, tindakan Tun Mahathir itu juga mendapat kritikan daripada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahid Zarik Khan yang berkata bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu terus bermain dengan kata-kata dan harapan palsu.

“Sejarah sudah membuktikan. Siapa yang menyebabkan wujudnya parti seperti semangat 46, PKR pada 1998, PPBM (Bersatu) dan hari ini satu lagi parti baru,” lontarnya di Facebooknya.

Zahida juga menimbulkan persoalan adakah dengan semakin berpecahnya orang Melayu di dalam politik akan memberi kelebihan kepada agama dan bangsa.

“Dengan berpecahnya parti-parti orang Melayu akan dapat bantu agama dan bangsa?

“Siapa untung, siapa rugi? Bidasnya lagi.

1 comment:

  1. Zaman 40, 60 dan 70 bolih lah kelengtong org melayu. Skg abad 21. Melayu bolih berfikir utk pilih. Zaman monopoli sudah tak ada. It got nothing to do with race and religion. It is politics and economy. UAE dah pun berkawan dgn Isreal

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-