Friday, August 14, 2020

Pertembungan Mujahid – Azeez malam ini ala debat Presiden Amerika

Oleh MALAYASIA DATELINE
August 14, 2020 9:43 am

Debat antara bekas Menteri Agama Datuk Seri Mujahid Yusof dengan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Azeez Rahim malam ini akan berlangsung menggunakan format debat bakal Presiden Amerika.

Debat yang dinamakan ‘Berani Bersemuka’ itu akan disiarkan secara langsung oleh Sinar Harian bermula jam 8.30 malam melalui laman-laman online mereka termasuk laman web, Youtube, Facebook dan juga Twitter.

“Kita akan adakan debat ini ala Presidential Debate Amerika Syarikat,” kata Tan Sri Johan Jaaffar yang bakal menjadi moderator debat ini kepada wakil dari Mujahid dan Azeez yang datang menyertai penjelasan mengenainya kelmarin.

Melalui format ini, selain Johan sebagai moderator, Mujahid dan Azeez masing-masing akan melantik seorang wartawan untuk turut bertanyakan soalan kepada kedua-dua penal sepanjang debat ini.

Tumpuan kepada debat ini adalah isu Tabung Haji dimana pendebatan mengenainya berjalan terus menerus di dalam Dewan Rakyat dan juga di kalangan rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-