Tuesday, August 11, 2020
RCI Tabung Haji: Menteri mungkin mahu ambil hati, ambil jalan selamat
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) sebagai mengelirukan.
Menurutnya, Zulkifli dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat sebelum ini hanya menyebut kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti transaksi yang berlaku di dalam TH.
“Bermakna tidak ada RCI. Itu jawapan rasmi. Tapi hari ini (semalam) dalam penggulungan di Dewan Rakyat, beliau (Zulkifli) sebut jawatankuasa khas tetapi juga disebut tidak menolak kemungkinan RCI ditubuhkan.
“Ini kenyataan yang mengelirukan. Jawapan yang rasmi kata hanya cukup jawatankuasa khas. Satu lagi tidak menolak kemungkinan penubuhan RCI.
“Dia mungkin tertekan dengan kehendak pihak tertentu, nak ambil hati atau ambil jalan selamat,” katanya dalam bicara khas menerusi Jom Channel FB Live malam tadi.
Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, langkah penubuhan jawatankuasa khas untuk meneliti transaksi dalam TH juga seolah-olah mempertikaikan profesionalisme ahli lembaga TH.
“Kalau nak buat RCI pun, apa term of reference? RCI ini sifatnya tidak ada jawapan, tidak tahu siapa. Perlu dapat persetujuan Agong.
“Soalnya dia nak buat RCI apa? Dia nak kata kita buat tidak betul? Padahal, kita dah dapat jawapan baru-baru ini di Parlimen. Kita sudah berada di landasan yang benar,” ujarnya.
LANJUT MENYUSUL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 14, 2024 6:31 PM Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) m...
-
harakah daily.com March 16, 2024 Syed Hassan Syed Ali KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi perlu memberikan penjelasan mengenai cubaan pr...
-
hmetro.com.my Mahaizura Abd Malik mahaizura@mediaprima.com.my Tinjauan harga makanan di Bazar Ramadan Putrajaya. FOTO HAZREEN MOHAMAD Kual...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -17 Mar 2024, 10:14 AM Mesyuarat Agung Badan Peguam meluluskan usul mencabar keputusan Lembaga Pengampun...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 18, 2024 8:35 PM Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming menggesa ketua Pemuda Umno Akmal Salleh supaya ber...
-
hmetro.com.my Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my Kuala Lumpur: "Saya sendiri tidak boleh terima penjualan stoking terd...
-
cosmo.com.my Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF 13 Mac 2024 Harga makanan dan minuman naik sehingga 20 peratus di Bazar Ramadan Batu Bur...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 16, 2024 2:58 PM Pemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung kontroversi penjualan stoking tertera k...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 17, 2024 Bekas ahli parlimen DAP, P Ramasamy, hari ini tampil mempertahankan parti Bersatu selepas didak...
-
harakahdaily.com March 13, 2024 Dr Mohd Radzi Md Jidin KUALA LUMPUR: Pemimpin kerajaan semasa berada di blok pembangkang dahulunya telah me...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.