Thursday, August 6, 2020

SPRM panggil Lim, terdapat spekulasi mungkin ditahan

Faisal Asyraf
Diterbitkan Hari ini 9:39 pm
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya malam ini.

Beliau akan berada di sana untuk disoal berkaitan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Sebelum itu timbul spekulasi bahawa bekas ketua menteri Pulau Pinang itu akan ditahan SPRM malam ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata, tidak ada sebab bagi SPRM memanggilnya pada waktu malam.

"Tidak ada sebab mengapa SPRM harus menghubungi saya pada waktu ini. Mereka boleh mengatur waktu lain dan saya bersedia menemui mereka," katanya.

Lim menambah beliau tidak pasti sama ada akan ditahan semalaman atau sebaliknya.

Malaysiakini telah menghubungi ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki untuk mendapatkan respons.

Sementara itu, wartawam berkumpul di luar ibu pejabat SPRM berikutan spekulasi penahanan Lim malam ini.

SPRM telah memanggil Lim sebanyak dua kali bulan lalu iaitu pada 22 Julai dan 25 Julai.

Selain Lim, SPRM telah menemubual Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan bekas senator dewan negara, Dr Afif Bahardin bagi membantu siasatan berhubung projek itu.

SPRM juga telah menahan bekas ketua Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew pada 1 Julai.

Beliau direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-