Sunday, August 16, 2020

Zahid beri amaran kepada ahli Bersatu agar undi BN di PRK Slim


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada PPBM untuk membuktikan nilai perkongsian sebenar dalam Muafakat Nasional (MN) dengan mendapatkan undi buat calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Slim.

Beliau berkata, PPBM perlu membalas jasa persahabatan mereka dengan memberikan 6,000 undi yang diterimanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kepada calon BN.

Jika gagal berbuat demikian, katanya, PPBM perlu mengkaji nilai persahabatannya dengan BN dan MN selama ini.

“Betul kita sokong Perikatan Nasional (PN), tapi jangan jadi BN melukut di tepi gantang. Hendak berkawan biar sebenarnya dan hendak berkongsi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Felda Residence Trolak hari ini.

“Tidak ada agenda di belakang tabir dan tidak mahu BN dan MN digunakan sebagai batu loncatan selama ini.

“Jangan main-main dengan BN dan MN serta jangan ingat bila ada cahaya di hujung terowong yang kerap bergerak, kita tidak mahu mana-mana pihak terhegeh-hegeh. Bukti di Slim mereka jujur dan ikhlas.”

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandang Khushairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Calon BN itu berjaya mempertahankan kerusi Slim dengan majoriti 2,183 undi pada PRU14, selepas menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim yang mendapat 6,144 undi dan calon PAS, Zulfadli Zainal dengan 4,103 undi.

Terdahulu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai MN, kerjasama rasmi antara Umno dan PAS.

Katanya, ia adalah pilihan terbaik untuk PPBM kerana penyatuan itu akan mewujudkan kestabilan politik negara

Sementara itu, Zahid memberi jaminan tidak akan ada lagi budaya lompat parti dalam kalangan pemimpin parti itu kelak.

“Kalau lompat kita cincang. Yang mana-mana yang lompat, kita minta mereka taubat.

“Kita tahu kemenangan di PRK Slim akan menjadi penanda aras PRU15 kerana saya telah memberi kuasa kepada Pemuda MN dan BN, buka sahaja atas nama gerak-gempur tetapi menjadi ejen mengundi.

“Kita ada di sini bukan kerana elaun, t-shirt dan penaja, tetapi semangat Pemuda MN dan BN. Pastikan 6 saluran di semua pusat daerah mengundi tiada siapa (anak muda) yang tertinggal.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/15/ppbm-perlu-buktikan-nilai-perkongsian-dalam-pn-di-prk-slim-kata-zahid/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-