Sunday, September 27, 2020

Calon parti GRS paling banyak menang DUN jadi KM Sabah – Zahid

Home/Politik
suaramerdeka.com

/

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah munasabah calon parti Gabungan Rakyat Sabah yang menang paling banyak kerusi dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, calon Ketua Menteri yang baharu akan dilantik selepas rundingan dijalankan oleh calon-calon GRS yang menang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah semalam.

“Alhamdullilah cara kebetulan, Bersatu dalam gabungan ini memperolehi kerusi yang paling banyak.

“Dari segi kemunasabahan adalah lebih baik jika mana-mana parti dalam gabungan yang memperolehi kerusi yang terbanyak diberikan mandat dan peluang untuk mengetuai kerajaan negeri setelah rundingan diadakan di kalangan gabungan parti-parti itu,” kata Ahmad Zahid.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang terdiri daripada rakyat Sabah perlu memilih Ketua Menteri mereka sendiri tanpa pengaruh mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-