Friday, September 25, 2020

Dakwaan Anwar akan gugurkan dakwaan terhadap Najib Zahid tidak masuk akal

Oleh MALASIA DATELINE
September 25, 2020 


Tetapi menurut Kadir, beliau ada juga kebimbangan, "manalah tahu benda tak masuk akal boleh berlaku demi kerana kuasa."

Bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggugurkan tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi selepas beliau menjadi perdana menteri tidak masuk akal.

“Memang sensasional tetapi tidak berapa masuk akal. Buat apa Anwar selepas jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan hendak “bebaskan” musuh-musuh politik dia?” tulis Datuk A Kadir Jasin melalui facebook beliau.

Katanya, zaman pemerintahan Najib, Anwar telah disumbat ke dalam penjara buat kali kedua.

“Zahid tak angkat satu jari pun untuk tolong dia. Lepas itu mereka sokong pula Muhyiddin untuk rampas kuasa daripada PH,” kata Kadir.

Tetapi menurut Kadir, beliau ada juga kebimbangan, “manalah tahu benda tak masuk akal boleh berlaku demi kerana kuasa.”

Oleh itu, katanya, beliau telah menghantar keratan tajuk berita yang dikeluarkan oleh malaysia-today.net kepada kepada seorang orang kanan Anwar dengan mesej: “Assalamualaikum. I dearly hope this is a lie aimed at blemishing Anwar.”(Assalamualaikum. Saya amat berharap ini adalah pembohongan yang bertujuan mencemarkan Anwar.”)

Menurut Kadir, orang kanan Anwar berkenaan membalas, “Salam. Kami masih waras. Sementara kami perlukan sokongan, namun pertimbangan lain tetap diambilkira. Dokumen sokongan mengesahkan kami cukup majoriti. Noktah.”

Sementara itu, kata Kadir, satu sumber yang dekat dengan Presiden PKR berkata, “tidak termasuk Najib dan Zahid, mereka “memegang” 20 Ahli Dewan Rakyat Umno.”

“Apa pun, Anwar tidak boleh tunggu terlalu lama untuk membuktikan secara sahih dakwaan ‘ada cukup majoriti’ beliau,” kata Kadir lagi memberikan ingatan kepada Anwar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-