Sunday, September 20, 2020

Husam akan lancarkan kempen ‘Save Kelantan’

Oleh MALASIA DATELINE
September 20, 2020
Husam akan melancarkan kempen 'Save Kelantan' selepas meletakkan semua jawatannya di peringkat pusat.
 - Gambar Sayuti Omar.

Selepas melepaskan semua jawatannya di peringkat pusat, bekas Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa akan melancarkan kempen Selamatkan Kelantan atau ‘Save Kelantan’.

Perkara ini diumumkan Husam ketika merasmikan mesyuarat agung AMANAH kawasan Kubang Kerian di Kota Bharu semalam.

“Save Kelantan” akan jadi tema gerakan untuk menyelamatkan Kelantan yang akan digerak oleh rakyat yang sayang Kelantan,” kata penulis Mohd Sayuti Omar ketika melaporkan mengenai gerakan bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

“Kelantan yang kini bergelut dengan pelbagai masalah ekonomi, sosial dan politik yang belum terkeluar dari belenggu politik konsevertif Pas perlukan satu gerakan komfrehensif dan melibat segenap lapisan rakyat,” tulis Sayuti mengenai hala tuju gerakan baru bekas Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu.

Husam melepaskan semua jawatannya dalam AMANAH di peringkat pusat dan juga sebagai Bendahari Pakatan Harapan dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada Kelantan khasnya kawasan Kota Bharu yang diketuai beliau.

Dalam pilihan raya umum ke 14 lalu kebanyakan calon PH di Kelantan telah hilang wang pertaruhan kecuali beberapa kerusi termasuk Kota Bharu yang diwakili Husam.

Mesyuarat Jawatankuasa AMANAH Nasional pada 6 September telah menerima perletakan jawatan Husam itu namun beliau diminta terus memberikan sumbangan untuk menjadi penasihat untuk 3 biro utama AMANAH iaitu Biro Pilihan raya, Komunikasi dan Strategi.

Sehingga kini PH masih belum membuat sebarang keputusan berhubung dengan tindakan Husam melepaskan jawatan Bendahari PH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-