Sunday, September 20, 2020

Mahathir dikritik hipokrit atas kenyataan ‘rakan kongsi setara’

Larissa Lumandan
-September 20, 2020 7:38 AM
Gambar lama Dr Mahathir Mohamad di Sarawak. 
Baru-baru ini, bekas perdana menteri itu berkata, Sabah dan Sarawak perlu mempunyai status sama dengan Malaysia Barat. (Gambar Bernama)

KUCHING: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dikritik sebagai hipokrit susulan kenyataannya baru-baru ini berhubung Sabah dan Sarawak perlu dilayan sebagai rakan kongsi setara dengan Malaysia Barat.

Penganalisis politik, Jeniri Amir menyifatkan Mahathir hipokrit kerana gagal membetulkan kesilapannya ketika 2 kali menjadi perdana menteri.

“Ketika menjadi perdana menteri selama 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, beliau gagal membuat apa-apa, sebaliknya beliau memberi tekanan kepada Sarawak.

“Mahathir hanya bercakap mengenai ‘perkongsian setara’ serta berjuang untuk hak Sabah dan Sarawak apabila beliau tidak lagi berkuasa. Beliau umpama ‘hero tragik’.”
Jeniri Amir.
Ketua Pemuda SUPP, Michael Tiang bersetuju dengan pendapat Jeniri.

“Mahathir sepatutnya membuat sesuatu kerana beliau berada di sana sejak awal ketika pembentukan Malaysia. Beliau tahu semuanya. Malaysia ditubuhkan ketika beliau berusia 38 tahun. Beliau tahu semangat asal pembentukan Malaysia, tetapi kenapa beliau tidak bertindak ketika berkuasa?”

Katanya, Sabah dan Sarawak memiliki kurang 1/3 kerusi di Dewan Rakyat, tidak seperti 1963. Sarawak kini mempunyai 31 kerusi Parlimen dan Sabah memiliki 25 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, dengan kurang 1/3 daripada semua kerusi Parlimen, ahli politik Malaysia Barat dengan mudah boleh meminda Perlembagaan Persekutuan dan mengambil hak istimewa Sabah serta Sarawak.
Michael Tiang.
“Kami tidak boleh halang mereka. Jadi, adakah kami dianggap rakan kongsi setara? Tidak mungkin.”

Tiang berkata, Mahathir sangat berkuasa ketika menjadi perdana menteri ke-4 dan turut diminta kembali menjadi perdana menteri ke-7.

“Jangan beritahu saya, beliau (Mahathir) tidak berkuasa. Beliau mempunyai peluang untuk membetulkan kesilapan ketika menjadi perdana menteri. Tiada alasan. Saya bukan cuba mengutuknya, tetapi ia memang memalukan.”
Voon Lee Shan
Voon Lee Shan, presiden parti pembangkang, Parti Bumi Kenyalang, turut mempersoalkan kenapa Mahathir tidak bertindak untuk mengembalikan perkongsian setara antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ketika beliau kembali semula di bawah (kerajaan PH), beliau boleh melakukannya dengan mudah di Parlimen untuk memansuhkan Akta Kemajuan Petroleum 1974, Akta Laut Wilayah dan Akta Pelantar Benua tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan, tetapi kenapa beliau melengah-lengahkannya?” soal Voon.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-