Friday, September 25, 2020

Muhyiddin akui beliau hanya ada dua pilihan, letak jawatan atau bubar

mhdaily.net
25/09/2020 6:00 PM


Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak kemaruk kuasa dan bertindak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Rabu lalu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Muhyiddin sudah tumbang selepas ketua pembangkang itu mengumumkan beliau mendapat “sokongan kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Dalam sebuah ceramah di Tambunan, Sabah, Muhyiddin menjelaskan pilihannya jika beliau kehilangan sokongan majoriti seperti didakwa Anwar.

“Kalaulah disebabkan saya sudah tidak mendapat majoriti yang disebutkan oleh Anwar dan saya pun dititahkan untuk menghadap Agong, yang belum lagi dititahkan, perkara pertama (saya akan melakukan) ialah memaklumkan (Agong) bahawa kalau dah begitu keadaannya, maka saya akan mengosongkan kerusi (saya),” katanya dalam satu klip video KiniTV.

Beliau berkata, pilihan lain ialah mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Agong.

Dengan menekankan tindakannya sejajar Perlembagaan Persekutuan, katanya, pengumuman Anwar dibuat ketika beliau berusaha mengawal Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

“Saya tidak kata Anwar tidak menyedari situasi kini, tetapi saya tidak kemaruk kuasa. Apa yang penting ialah menguruskan soal negara sebaik-baik saya boleh.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/25/saya-tak-kemaruk-kuasa-kata-muhyiddin/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-