Saturday, September 19, 2020

PAN (AMANAH) anak Derhaka kata Abdul Hadi

Senior Editor
mindarakyat.com
September 19, 2020
MARANG – Parti Warisan Sabah (Warisan) disifatkan sebagai terdesak apabila mengaitkan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai anak kepada Pas untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Amanah dianggap sebagai menderhaka kepada Pas kerana masih menjalinkan kerjasama dengan DAP walaupun selepas parti itu memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat.

“Amanah itu anak derhaka. Kita sudah putus kerjasama dengan DAP tetapi mereka masih nak ikut DAP juga (jadi) kita anggap mereka derhaka. Kalau betul-betul anak dia mesti taat kepada ibu bapa.

“Boleh jadi mereka terdesak dan merayu, itu satu langkah yang tidak bijak.

“Kita sudah tahu parti Warisan bekerjasama dengan DAP maka kita minta orang kita jangan sokong parti itu bersama rakan-rakan yang bergabung dengan mereka,” katanya selepas menyampaikan kuliah secara dalam talian di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika diminta mengulas video yang memaparkan kenyataan Ketua Wirawati Warisan Bahagian Putatan, Izzatul Aini Nissanso yang mendakwa Amanah adalah anak Pas.

Dalam rakaman yang tular itu, Izzatul Aini dilaporkan berkata, ahli-ahli Pas perlu mengundi Rosdy Wasli kerana pembawaan calon Amanah yang bertanding di DUN Tanjung Keramat itu sama seperti wajah pemimpin Pas.

Menurut Abdul Hadi, beliau berharap ahli dan para penyokong Pas di Sabah tidak mudah terpedaya dengan helah dimainkan pihak lawan sebaliknya konsisten memilih calon daripada parti yang menyertai Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian Pas bahawa parti itu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dan seluruh jentera Pas di Sabah dikerah untuk bekerja memenangkan gabungan itu.

“Saya juga sudah menggerakkan kepimpinan Pas Pusat ke sana (Sabah) termasuk Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda dan lain-lain untuk membantu di sana,” katanya.

#Sumber : SH

MR : Anak buluh bentong

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-