Monday, September 21, 2020

Pertembungan di 11 kerusi buktikan PN BN tidak sejalan

Oleh MOHD ALI HASHIM
malaysiadateline.com
September 21, 2020


Pertembungan sesama sendiri di sebelas buah kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini membuktikan pihak lawan tidak sepakat dan mempunyai masalah dalam rundingan sesama mereka.

Namun begitu, bagi AMANAH, meskipun bertanding hanya satu kerusi sahaja di N24 Dun Tanjung Keramat, ia sudah cukup untuk memberikan perhatian yang amat bermakna agar ia menjadi kemenangan sulung di Sabah.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha AMANAH negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris (gambar atas).

Jelas beliau lagi, melihat kepada sambutan yang diberikan oleh rakyat Sabah, adalah diyakini ia memberi gambaran jelas untuk bertanding sebagai satu kumpulan di bawah satu pemimpin dan menurut apa yang menjadi keutamaan.

“Kami di bawah satu kumpulan bersama Warisan, AMANAH, PKR, DAP dan UPKO telah bersetuju untuk menamakan hanya Datuk Seri Panglima Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Namun begitu, ianya amat berbeza dengan pihak lawan apabila mereka mempunyai masalah bagi menentukan siapakah calon ketua menteri dan membuktikan pakatan mereka mempunyai masalah dalam rundingan.

“Meskipun AMANAH hanya bertanding satu kerusi sahaja di Dun Tanjung Keramat, ia sudah cukup untuk memberikan perhatian bermakna agar calon AMANAH yang merupakan anak tempatan mampu untuk memenangi kerusi tersebut,” ujar beliau lagi.

Sejajar dengan itu tambahnya, usaha yang bersungguh-sungguh bersama doa dari seluruh rakan-rakan pendokong serta penyokong dengan hasrat untuk merealisasikan kejayaan tersebut akan menjadi realiti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-