Saturday, September 19, 2020

Portal Mandarin: Hina bahasa kebangsaan, perlu tutup segera

By Norlaile Abd Rahman
- 19 September 2020

Hazwan Mohamad

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal berbahasa Mandarin dianggap sebagai menghina identiti Malaysia yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ketua Angkatan Pemuda Pemudi Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad mendesak supaya badan tersebut menutup portal berbahasa Mandarin itu dengan segera.

Malah kerajaan katanya, tidak harus membiarkan perkara sedemikian berlaku sama sekali.

“Saya menganggap ini adalah satu penghinaan terhadap identiti nasional watan kita.

“Selepas 63 tahun kita merdeka, dan berpuluh generasi berlalu adakah kita masih lagi mahu bersikap ‘tak apa’ dalam situasi ini ?

“Sepatutnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dikompromi. Cantik di atas kertas kita ada Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 152, kita ada Dasar Bahasa Kebangsaan, kita ada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Adakah ini hanya di atas kertas semata?

“Apa punca sehingga kita masih lagi berdepan dengan situasi sebegini rupa? Bukan sekadar masyarakat Cina marhaen sahaja malah sehingga ke Ahli Parlimen yang dipilih rakyat pun masih gagal berbahasa kebangsaan dengan baik.

“Ini adalah amat memalukan bagi sebuah negara berdaulat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, SPRM melancarkan sebuah portal berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai badan tersebut.

- MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-