Sunday, September 20, 2020

“Susah Anwar Nak Jadi PM, DAP Dah Cadang Shafie”

suara.tv
NASIONALPOLITIK
ByJanatul Firdaus Yaacob
20/09/2020

KOTA KINABALU – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melalui jalan sukar untuk membawa agenda reformasi di Sabah, kata Tan Sri Annuar Musa.

Malah kata Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi, langkah Anwar untuk melobi rakyat Sabah untuk diangkat sebagai Perdana Menteri juga telah dicantas DAP apabila mencadangkan nama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengisi jawatan itu.

“Susah dah Pak Sheikh (Anwar) nak jayakan reformasi. DAP awal-awal lagi dah cadang Shafie untuk jadi Perdana Menteri.

“Ikut Tun Dr Mahatir Mohamad seolah-olah Datuk Seri Anwar Ibrahim dah tak relevan.

“DAP rela Sabah diseret ke belakang dan Malaysia di pimpin seseorang yang jadi robot Tun Mahathir dan DZ… jelaskan? Ciap Annuar di Twitternya, hari ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata demikian apabila Anwar memberitahu beliau akan turun berkempen di Sabah untuk membantu calon-calon PKR sekali gus menjayakan agenda reformasi.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan sokongannya kepada Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai calon Perdana Menteri sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) menerajui Putrajaya sekali lagi.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan bahawa Anwar dan Shafie tetap menjadi pilihannya untuk menjawat jawatan tersebut.

Kata Guan Eng, komponen dan Ahli Parlimen gabungan parti itu yakin dengan kemampuan salah seorang calon Perdana Menteri itu bagi meraih sokongan bagi membentuk kerajaan.

Walaupun mereka menyokong Anwar untuk mendapat jumlah itu, namun jika Presiden PKR itu tidak mampu, PH perlu memberi Shafie peluang dan penghormatan sewajarnya kepada Perdana Menteri pertama dari Malaysia Timur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-