Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, September 18, 2020

Tuan Ibrahim: Perselisihan Umno-Bersatu perlu diketepi demi kekalkan PN

malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 6:36 pm

Tuntutan pilihan raya negeri (PRN) di Sabah memaksa majlis penerimaan secara rasmi Bersatu ke dalam Muafakat Nasional (MN) terpaksa ditunda, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata Tuan Ibrahim majlis berkenaan sepatutnya diadakan pada 14 Sept lalu iaitu sempena setahun piagam dimeterai di antara Umno dan PAS.

Menurut menteri kabinet itu lagi, MN bersetuju untuk menerima Bersatu di sebalik adanya rasa kurang senang Umno kepada parti serpihan mereka itu.

Pun begitu, kata Tuan Ibrahim, perselisihan tersebut terpaksa diketepikan agar kerajaan PN dapat terus dikekalkan.

“Tarikh 14 Sept sepatutnya sambutan tahun pertama Muafakat Nasional dan kita sudah setuju Bersatu menyertainya.

“Oleh kerana PRN Sabah, (ia) terpaksa ditangguhkan... kemungkinan hujung bulan ini kita akan buat semula majlis tersebut,” katanya seperti dipetik harakahdaily hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian semasa berucap di majlis Ijtimak Pilihan Raya PAS Kubang Kerian malam tadi. Tuan Ibrahim merupakan ahli parlimen bagi kawasan tersebut.

Faham perasaan Umno

Umno dan PAS menjalin hubungan secara rasmi pada 14 Sept tahun lalu selepas berdekad-dekad menjadi musuh politik dalam satu majlis yang menghimpunkan pemimpin serta penyokong kedua-dua parti di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ia dibuat ketika kedua-dua parti masih menjadi pembangkang ketika itu.

Bagaimanapun pada akhir Feb lalu Muhyiddin Yassin membawa Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian ahli parlimen PKR pula berpaling tadah untuk menyokong mereka.

Ia menyaksikan kejatuhan kerajaan PH sebelum diikuti dengan kemunculan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Bersatu dan PAS serta Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progesif Sabah (SAPP).

Umno - dan BN - pula tidak menyertai PN di sebalik pembabitan PAS dalam PN dan MN.

Sebelum ini hubungan Umno dan Bersatu juga dilihat kurang mesra ekoran isu pengagihan kerusi dewan undangan negeri dan parlimen, terutama membabitkan kawasan yang dimenangi atas tiket BN pada 2018 sebelum wakil rakyatnya melompat ke Bersatu.

Dalam laporan itu juga harakahdaily memetik Tuan Ibrahim sebagai berkata, dia memahami perasaan Umno apabila terpaksa bekerjasama semua dengan Bersatu.

Katanya, kerjasama kedua-dua parti itu diperlukan untuk memperkuatkan lagi kerajaan PN.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-