Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Sunday, September 20, 2020

Veteran ATM lebih berhak miliki tanah daripada pekebun haram!

Kerajaan jangan zalim, penuhi segera hak dijanji kepada tentera
ainulilli
ismaweb.net


BANGI, 2 Safar 1442H, Ahad – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wajar diberikan penghargaan setelah bergolok gadai mempertaruhkan nyawa menentang musuh negara, tegas Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong tindakan ATM menyerahkan memorandum pada sidang Parlimen akan datang.

Memorandum pertama akan dihantar oleh Seketariat Veteran Bertindak bagi menuntut hak yang pernah dijanjikan sebagai membalas jasa pengorbanan mereka mempertahankan tanah air.

Langkah itu tercetus selepas tersebar berita mengenai penerokaan tanah secara haram di Raub, Pahang oleh sekumpulan pekebun baru-baru ini.

Presiden Gerakan Reformasi Veteran ATM, Veteran Bangkit (GRVATM), Azizan Salleh berkata, beliau amat terkejut dengan pendedahan tersebut apabila ada pihak secara mudah menceroboh tanah kerajaan untuk mengaut keuntungan bagi kepentingan peribadi.

Sedangkan, katanya, veteran seperti tentera lebih berhak terhadap tanah itu yang mana mereka boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 20 ekar tanah di mana-mana negeri dalam Malaysia.

Mengulas situasi itu, Ustaz Masridzi berkata, kerajaan tidak wajar berlaku zalim terhadap ATM dengan tidak menunaikan hak mereka yang sekian lama dituntut.

Bahkan, katanya, lebih malang lagi, apabila memberi muka kepada bangsa lain meneroka tanah secara haram.

“Mereka inilah yang terlibat menjadi komunis, menjadi musuh negara, membunuh ramai orang awam dan membunuh pasukan keselamatan kita.

“Tiba-tiba diberi peluang menceroboh tanah air kita begitu lama dan mengaut hasil keuntungan yang banyak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jika itu dibiarkan berlaku, maka secara jelas kerajaan telah berlaku zalim kepada rakyat peribumi sendiri dan mempermainkan jasa pengorbanan pasukan keselamatan dalam negara ini.

“Ayuh bangkit, perjuangkan hak kita!,” tegasnya.

Memorandum tersebut akan diserah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-