Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Monday, October 26, 2020

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Kow Gah Chie & B Nantha Kumar
Diterbitkan Hari ini 1:16 pm

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Hari ini semua (perkara).

“Jadi mesyuarat hari ini, jika ada sebarang keraguan kita boleh tanya apa saja,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin di bangunan Umno di Kuala Lumpur.

Anggota parlimen Padang Besar berkata, mereka akan membincangkan situasi semasa, penolakan perintah darurat oleh Agong dan pandangan BN.

Zahidi juga berkata mereka akan membincangkan bagaimana membantu rakyat yang terjejas dengan Covid-19.
Zahidi Zainul Abidin
Mengulas sokongan terhadap Muhyiddin, dia berkata mereka masih bersama perdana menteri.

Dia tidak bersetuju dengan gesaan anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi supaya Muhyiddin meletakkan jawatan setelah cadadangannya ditolak Agong semalam.

Antara yang dilihat hadir termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, anggota parlimen Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman dan timbalan speaker Dewan Rakyat yang juga anggota parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-