Friday, October 2, 2020

Anwar umum ada majoriti untuk elak PM minta Agong bubar Parlimen

Oleh MALAYSIA DATELINE
October 2, 2020 8:09 am 

Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan dengan majoriti yang besar di kalangan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini diberitahu, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk mengelakkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumpa Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang turut berada dalam mesyuarat itu berkata, itulah tujuan mesyuarat khas itu diadakan iaitu untuk memberikan penjelasan kenapa tindakan itu dibuat oleh Anwar.

Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan dengan majoriti yang besar di kalangan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

“Kami bincang kenyataan Anwar dalam mesyuarat khas itu. Kita inginkan penjelasan dengan detail. Dia buat pengumuman itu, takut Muhyiddin jumpa Agong bubar Parlimen.

“Jadi, kalau Muhyiddin letak jawatan, dah ada pengganti. Tak perlu dibubar,” kata Khalid dalam wawancara khas beliau dengan Jom Channel malam tadi.

1 comment:

  1. Siapa PM? Dialah yang berhak menasihat DYMM Agong untuk apa pun. Lihat kes Sabah. DYMM Agong menjadi kebanggaan rakyat jelata dan sudah tentu baginda mendahulukan rakyat. Sebarang pilihanraya dan peralihan kuasa akan mendatangkan kesan kepada rakyat yang sekarang sedang berhadapan dengan kemelut Covit 19 dan kemelesetan ekonomi. Orang politik hanya fikirkan tembolok mereka sahaja. Lihatlah kesan daripada Pilihanraya Sabah. Boleh dikatakan orang politik yang menyebabkan tersebarnya penyakit ini ke seluruhan negara. Boleh tak tangguh sebentar hasrat itu dan bersama-sama tumpukan masalah utama negara dulu. Osah sembang besar kalau tukar pemerintah kes covit19 akan turun, ekonomi akan mencanak naik. Satu dunia alami.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-