Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, October 15, 2020

Gempar !!! Gerakan Ku Li dan Anwar kini bersaing dapat majoriti

mhdaily.net
15/10/2020 2:00 PM

Sejurus Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu, ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO.

Menurut sumber kepada Astro AWANI, parti Melayu terbesar itu kini berpecah dua dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kepada gerakan yang dipercayai digerakkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah sumber, gerakan diketuai Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin berpengaruh UMNO seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

“Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO. Sekurang-kurangnya 24 daripada 39 ahli Parlimen UMNO sokong beliau sebagai calon perdana menteri.

“Bila kita tengok semula kem Zahid-Najib ini, mereka hanya mempunyai 15 sokongan Ahli Parlimen. Kebanyakan mereka ini adalah mereka yang telah didakwa atas kesalahan jenayah atau sedang menunggu hukuman,” katanya kepada Astro AWANI.

Krisis politik dalaman UMNO ini memuncak selepas Ku Li dilihat memasuki Istana Negara pada Selasa lalu selepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Anwar.

Pada masa sama, sumber memaklumkan bahawa gerakan Ku Li tersebut mempunyai sokongan yang jauh lebih besar daripada apa yang diperoleh Anwar.

“Selain lebih dari separuh ahli Parlimen UMNO, difahamkan terdapat juga sokongan sebahagian wakil dari PAS, DAP, Amanah, GPS, PKR dan Pejuang.

“Ikutkan, semua ahli Parlimen dari Pejuang ini menyokong Ku Li termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gerakan-ku-li-raih-lebih-majoriti-pinggir-anwar-umno-bermasalah-263634

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-