Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Wednesday, October 14, 2020

Ingatkan dah kena ‘checkmate’, rupanya langkah Anwar baru bermula

mhdaily.net
14/10/2020 3:00 PM

Tanggal 13 Oktober masih belum menjadi penamat kepada kemelut politik Malaysia. Kedua -dua belah pihak telah mengeluarkan dan menyiarkan secara umum kenyataan media bagi pihak masing-masing menjelaskan situasi sebenar mereka.

Terdapat pelbagai cerapan terhadap intipati yang telah dijelaskan dalam kedua-dua kenyataan media ini. Terdapat segelintir pihak menyatakan pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak mempersembahkan majoriti sokongan MP yang menyokongnya kepada YDPA.

Jelas dalam kenyataan media DSAI menyatakan beliau telah mempersembahkan SD sokongan MP kepadanya dan juga dokumen sahih ketua parti yang menyokongnya.

Suka diingatkan, sekiranya DSAI telah dianggap gagal, maka tiada keperluan untuk memanggil ketua parti untuk mengadap YDPA. Jelas dalam kenyataan media DSAI, beliau memberi ruang sepenuhnya kepada YDPA untuk membuat keputusan atas kebijaksanaan baginda.

Pada hemat saya, proses ini masih belum tamat sepenuhnya. DSAI sedang melalui satu proses amalan demokrasi berparlimen dibawah raja berperlembagaan dengan sangat tertib. Maka seharusnya, DSAI diberi ruang untuk melekangkapkan segala proses dengan tertib.

Mari kita imbas kembali apa yang telah berlalu ketika “Langkah Sheraton”. Langkah Sheraton berlaku pada 23 Februari namun Tan Sri Muhyiddin Yasin hanya diperkenan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac selepas beliau melalui satu proses amalan demokrasi berparlimen di bawah raja berperlembagaan.

Ketika itu satu proses telah berlaku pada peringkat awal dimana YDPA telah memanggil seorang demi seorang Ahli Parlimen untuk mengetahui sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Namun selepas itu YDPA telah memanggil hanya ketua-ketua parti politik untuk menghadap seri paduka baginda untuk sekali lagi membuat pengesahan sokongan mereka kepada calon perdana menteri. Setelah melalui proses yang lengkap ini barulah YDPA perkenan melantik Perdana Menteri.

Semalam Anwar hanya melalui satu proses demokrasi berparlimen dibawah raja berperlembagaan dengan menghadap Yang DiPertuan Agong. Maka seharusnya DSAI diberi ruang untuk melengkapkan segala proses ini dengan tertib dan berpaksikan sistem demokrasi berparlimen dibawah raja berperlembagaan.

Jika hari ini, terdapat sesetengah pihak mengatakan sosok tuboh bernama Anwar bin Ibrahim ini telah gagal dan kecundang dalam pertarungan politik, maka telahan anda ternyata meleset.

Hal ini kerana dalam sistem demokrasi berparlimen dibawah raja berperlembagaan, komponen utama dan asas untuk memilih sesebuah kerajaan adalah terletak kepada rakyat.

Rakyat berhak melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara melalui proses pilihanraya dimana rakyat diberi hak untuk memilih perwakilan mereka.

Paling utama yang perlu rakyat mencerap adalah, rakyat berhak membentuk kerajaan melalui majoriti perwakilan yang mereka pilih serta rakyat juga berhak untuk menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan melalui sistem pilihanraya.

Sekadar ingatan murni, jika anda kurang jelas tentang ini, sila rujuk buku teks sejarah tingkatan 5 bertajuk Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia.

Maka, sekali lagi saya ingin tegaskan, perjuangan dan hayat politik sosok tubuh Anwar bin Ibrahim ini masih lagi kekal kehadapan selagi mana beliau melalui proses demokrasi berpalimen di bawah raja berpelembagaan dengan cukup tertib.

Yakin dan percayalah, yang hak pasti akan membenamkan yang bathil.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/hayat-politik-anwar-belum-tamat-langkah-baru-bermula/

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-