Friday, October 23, 2020

Muhyiddin beredar dari istana selepas lebih 2 jam

- Oktober 23, 2020 @ 7:53pm
bhnews@bh.com.my

Rombangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana AbdulAziz, Indera Mahkota jam 7.15 petang selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - NSTP/Mustaffa Kamal

KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota, dekat sini, lewat petang tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat beredar dari istana kira-kira jam 7.10 petang, selepas kira-kira dua jam setengah berada di situ.

Muhyiddin bagaimanapun tidak memberikan apa-apa kenyataan kepada kumpulan petugas media yang menunggu di luar pintu utama Istana Abdul Aziz.

Kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Affendi Buang antara yang dilihat keluar dari istana.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau menteri kanan turut menyertai majlis menghadap Seri Paduka.
Rombangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana AbdulAziz, Indera Mahkota jam 7.15 petang selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - NSTP/Mustaffa Kamal
Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri atau Istana Negara belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan itu walaupun pelbagai spekulasi mula kedengaran sejak semalam.

Konvoi Perdana Menteri dijadual menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Abdul Aziz pada kira-kira jam 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal jam 2.30 petang, selepas ura-ura Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.
Oleh T N Alagesh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-