Thursday, October 15, 2020

Netizen dakwa pemimpin UMNO gila kuasa, tamak

Siti Hafidah
ismaweb.net

Kecam pertimbangan tarik diri dari Perikatan Nasional
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 27 Safar 1442H, Khamis – Hasrat UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Kelmarin, Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO memutuskan parti itu meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

“UMNO juga akan memberikan syarat baharu melalui perjanjian bertulis kepada kerajaan PN untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik.

“UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) supaya MN didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah,” katanya.

Tinjauan Ismaweb.net mendapati rata-rata pengguna mengguna sosial berang dengan keputusan ahli politik yang masih lagi berebut kuasa tatkala rakyat menghadapi krisis pandemik COVID-19.

Netizen dikenali sebagai Syed Umar Al-Yahya mendakwa, UMNO mahukan kuasa kerana tidak mahu individu tertentu dipenjarakan

“Itu sajalah nampaknya tujuan ahli politik ini. Memenuhkan poket sendiri saja. Kalau ada yang tak berapa jelas punca, mintak kawan ‘cover’. Itu yang nak sangat kuasa,” katanya.

Abdullaha Abdullaha pula mendakwa pemimpin UMNO gilakan kuasa serta dan tamak.

Dakwanya, pemimpin parti itu mahukan semua jawatan menteri dalam Kabinet supaya boleh buat sesuka hati.

“Mulalah tuduh orang lain yang gila kuasa. Itulah perangai pemimpin UMNO selama 60 memerintah. Rakyat dah muak tengok gelagat pemimpin yang tamak, gila kuasa dan iri hati. Sedar-sedarlah pemimpin-pemimpin UMNO inilah yg memecah belahkan orang-orang Melayu sebenarnya,” dakwanya.

Sementara itu, Happysus Sait merayu supaya rakyat yang terkesan dengan COVID-19 diutamakan serta seboleh-bolehnya mengelakkan pilihan raya diadakan.

“Sabarlah dulu. Kasihan orang susah. Nak cari makan kalau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

“Tak habis-habis lagi nak kuasa. Cuba selesaikan dulu masalah rakyat. Rakyat dah tercungap-cungap. Masih lagi berebut kuasa. Pelik politik sekarang. Jangan smpai rakyat tak ambil tahu lagi,” kata Syahfuddin Surip.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-