Thursday, October 1, 2020

Peningkatan kes Covid-19, Noor Hisham saran orang ramai duduk di rumah

Mohamad Fadli
freemalaysiatoday.com
-October 1, 2020 7:44 PM
Malaysia mencatatkan 260 kes baru Covid-19 hari ini dengan 259 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 hari ini.

“Sekiranya anda tidak mempunyai perkara penting di luar, tinggal di rumah.

“Keluar bila perlu dan apabila anda keluar, ikuti SOP,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham memberi jaminan bahawa kes Covid-19 di Selangor adalah”terkawal” ketika ditanya apakah beliau akan mengesyorkan pelaksanaan perintah sekatan pergerakan di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Walaupun kadar jangkitannya tinggi, jumlah kes adalah terkawal,” katanya.

Malaysia mencatatkan 260 kes baru Covid-19 hari ini dengan 259 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

Ia merupakan angka jangkitan baru harian ke-2 tertinggi, berbanding 277 kes yang direkodkan pada 4 Jun lepas yang sebahagian besarnya melibatkan warga asing yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresesn Bukit Jalil (DTI).

Dalam pada itu 4 kluster baru virus itu dikenal pasti hari ini masing-masing 1 di Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-