Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, October 27, 2020

PH kecewa BN terus sokong Muhyiddin, kata Annuar

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Selasa, 27 Okt 2020 10:43 AM MYT

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan parti itu menyokong Perikatan Nasional (PN) demi kesejahteraan bersama.Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecewakan Pakatan Harapan (PH).

Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Setiausaha Agung BN berkata, parti itu sentiasa komited untuk mengekalkan dan memperkukuhkan kerjasama terjalin bersama kerajaan sedia ada.

“BN kekal istiqamah bersama PM. Kerajaan yang diperkenankan. Permuafakatan terus diperkasakan. Pastinya ia mengecewakan PH.

“Yang silap kita perbetulkan, yang lemah boleh diperkasakan, yang renggang kita rapatkan. Bersama kita memimpin pohon kerahmatan,” katanya di Twitter, hari ini.

Semalam, mesyuarat BN memutuskan parti itu terus mendukung kepimpinan PN.

Keputusan dibuat sebagai langkah mengekalkan kestabilan negara seiring titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru permuafakatan ahli politik.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-