Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, October 27, 2020

Rancangan Anwar Ibrahim untuk ambil alih kerajaan mungkin gagal - Penganalisis

Senior Editor
mindarakyat.net
Oktober 27, 2020 0


KUALA LUMPUR: Pendirian UMNO menolak PKR dan DAP serta melupakan perbalahan dalaman gagasan Perikatan Nasional (PN) menghalang rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk kerajaan.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu bagaimanapun mungkin bersifat sementara memandangkan apa sahaja boleh berlaku pada masa akan datang.

"UMNO menjelaskan pendirian yang saya rasa sama dengan tindakan sebelum ini iaitu gencatan senjata dengan PN. Malah, kenyataan-kenyataan daripada tokoh UMNO seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan lain-lain merasakan fokus sekarang ini ialah menumpukan kepada isu COVID-19 dan ekonomi.

"Lupakan seketika perbalahan dalaman dalam PN supaya fokus itu diberikan kepada dua isu tadi. Mereka menolak PKR dan DAP, menjelaskan bahawa kemungkinan rancangan Anwar untuk mengambil alih kuasa daripada PN mungkin gagal dalam tempoh terdekat inilah... sebab akan datang tak tahu apa akan berlaku," katanya kepada Astro AWANI dalam wawancara menerusi Skype pada Selasa.

Bagaimanapun, tegas beliau, UMNO juga dalam masa sama perlu memberi penjelasan mendalam mengenai rekonsiliasi yang cuba dibawa parti itu.

"Apa yang menarik ialah disebut mengenai rekonsiliasi dari segi hubungan parti yang cuba dibawa UMNO. Cuma pendekatan ini tidak jelas. UMNO perlu jelas dan mendalam adakah ia hanya dalam konteks PN sahaja atau ia melibatkan pembangkang," tambah Dr Mohd Azizuddin lagi.
Dalam mengupas isu berkenaan juga, beliau melihat ada dua pihak yang mempunyai pendirian berbeza.
Kumpulan pertama, katanya, ada yang berpendirian Barisan Nasional (BN) tidak seharus bersama PN sementara satu kelompok lagi berpendapat BN perlu berada dalam PN.

"(Dalam masa sama) sejauh mana Bersatu boleh kompromi tuntutan UMNO jika rundingan diteruskan. Curiga-mencurigai itu memang sedang berlaku, jadi potensi (untuk) rundingan gagal itu ada," tegas Dr Mohd Azizuddin.

#Sumber : Astro

MR : Dah lama gagal

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-